TERMA & SYARAT
Email Support By Dr Nur

Sebelum anda mengambil perkhidmatan sokongan emel oleh Dr Nur sendiri iaitu Email Support By Dr Nur, pastikan anda telah membaca dan memahami terma & syarat, polisi privasi dan penafian RahsiaHamil.com terlebih dahulu.

Apabila anda memilih perkhidmatan ini , bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat seperti di bawah ini:

  1. Email Support By Dr Nur adalah bantuan sokongan oleh Dr Nur sendiri melalui Emel sama ada dalam bentuk teks, imej, audio ataupun video.
  2. Tempoh bantuan sokongan emel adalah bermula tarikh anda membeli ebook dan video sehingga 90 hari (3 Bulan). Selepas 90 hari, sokongan emel oleh Dr Nur telah TAMAT dan tiada maklumbalas akan diberikan. Namun jika ia berkaitan dengan masalah teknikal seperti memuatturun ebook atau menonton video, team RahsiaHamil.com yang akan membantu anda.
  3. Pastikan anda telah membaca ebook dan menonton video terlebih dahulu SEBELUM membuat sebarang pertanyaan.
  4. Sebarang pertanyaan atau persoalan adalah berkaitan topik yang dibincangkan iaitu kesuburan wanita dan kehamilan secara semulajadi boleh diajukan secara peribadi kepada Dr Nur melalui EMEL. Dr Nur ingin membantu anda agar berjaya hamil dalam masa 90 hari walaupun dalam kesibukan aktiviti dan kerjaya Dr Nur.
  5. TIDAK BOLEH mewakili soalan orang lain atau soalan diluar topik yang dibincangkan iaitu kesuburan wanita dan kehamilan secara semulajadi.
  6. Pastikan NO INVOIS belian produk RahsiaHamil.com disertakan  dalam borang pertanyaan setiap kali ingin membuat pertanyaan dan bantuan sokongan melalui Emel. Hanya yang ADD ON pembelian Email Support By Dr Nur sahaja atau BONUS yang diberikan , yang akan diberi maklumbalas oleh Dr Nur. Jika tiada no invois disertakan, soalan mungkin tidak akan diberi maklumbalas.
  7. Pastikan anda memasukkan EMEL yang digunakan semasa pembelian SAHAJA.
  8. Pastikan anda menerima salinan emel pertanyaan anda ke EMEL anda sebagai bukti pertanyaan telah berjaya diajukan kepada Dr Nur. Jika tiada, pastikan emel yang anda gunakan adalah BETUL.
  9. Maklumbalas oleh Dr Nur boleh mengambil masa 1 – 7 hari waktu bekerja. Sila semak emel anda secara berkala. Jika tiada maklumbalas, sila emel semula kerana bimbang berkait dengan masalah teknikal. Sila semak ruang SPAM dalam emel anda jika mesej kami tiada dalam inbox emel anda & pilih NOT SPAM agar mudah menerima emel dan info terbaru daripada RahsiaHamil.com pada masa akan datang. 
  10. Segala kandungan produk dan perkhidmatan seperti perbualan sokongan emel oleh Dr Nur tidak boleh dikongsikan kepada orang lain TANPA kebenaran pihak kami. 
  11. Sebarang kejayaan kehamilan hasil daripada ilmu yang dikongsikan oleh Dr Nur, Pihak kami boleh menggunakannya sebagai perkongsian dan ulasan yang positif agar dapat membantu lebih ramai wanita di luar sana mampu hamil. Namun butiran lengkap peribadi anda akan dirahsiakan. Rujuk Polisi Privasi RahsiaHamil.com.
  12. Semua pembelian ebook dan video & sokongan emel TIDAK BOLEH dipulangkan semula (refund) kerana ia merupakan produk digital.
  13. Etika yang baik perlu diamalkan sepanjang berhubung bersama Dr Nur dan juga team RahsiaHamil.com. Jika terdapat unsur politik, hasutan, keganasan, ancaman atau kekasaran bahasa seperti ugutan, makian, cacian atau hampir sama, perkhidmatan sokongan emel anda akan DIHENTIKAN serta merta tanpa notis. 
  14. Sokongan EMEL oleh Dr Nur juga boleh DIHENTIKAN serta merta tanpa notis jika anda tidak mematuhi terma dan syarat di atas.

Terma & Syarat di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat Email Support By Dr Nur ini dari masa ke semasa.

Tarikh Kemaskini: 01 Julai 2023

 

Kembali Ke Laman Utama